lepas abis program lawatan tengok kawasan pembinaan kitorang pergi pusat bandar meknes pulak. kitorang tidor satu malam jer kat sini. yerlah tidur lama2 pun bukannya ada apa sangat kat meknes nie tapi tempat dia cantiklah. adalah jugak kawasan bersejarah yang nak dilawati. antara tempat yang kitorang pergi adalah Silo iaitu tempat simpan makanan zaman Raja lama diorang dulu .... kat sini gudang tempat simpan makanan dia besar sangat boleh memuatkan simpanan makanan untuk 3 tahun. kawasan dalam dia pun sejuk sebab dinding dia tebal lebih kurang 4 kaki kot tebal dia sebab nak kekalkan suhu dalaman. pastu kitorang melawat penjara lama huuuuu menyeramkan sebab dah tau penjara kan. tapi mengikut kata tourist guide kat sini orang lagi suka duduk penjara nie sebab selesa dan diberi makan. lagi satu kawasan dia besar tak ada bilik kurungan. Pastu kitorang melawat pulak satu lagi kawasan yang kat dunia ni ada dua jer satu kat Jerusalem sana satu kat sini iaitu kubur lama orang Yahudi. Untuk pengetahuan semua kat Morocco ni memang ada orang Yahudi so sebab tu ada bekas kubur lama diorang tapi kawasan dia tak terjaga walaupun dah dikira kawasan sejarah.
Keesokan hari nya pulak saya dan rombongan pergi melawat kawasan tinggalan sejarah iaitu bekas tinggalan Roman dahulu. Kawasan ni dipanggil Volubilis nak tau lanjut google lah sendiri yer kat internet ada jer byk cerita. Tapi personally tempat ni hanya bekas tinggalan sejarah roman so tak banyak yang tinggal cuma sisa2 jerlah bg yang minat sejarah tu oklah. Penat jugak pusing satu kawasan tu nak habiskan jugak. pastu kitorang pergi pulak melawat Makam seorang alim ulama yang terkenal di Morocco ni yang dikenali sebagai Moulay Idriss, beliau ni keturunan Nabi Muhammad (SAW). Masa melawat makam dia nie ramai lah orang2 Arab morocco nie yang sedang membaca doa, baca Al Quran, sembahyang sunat dan duduk2 saja pun ada. Mengikut kata orang ada yang sanggup datang dari jauh pun ada sebab berhajatkan sesuatu.
So habis jer lawatan ke makam tu kami pun bersiap untuk bertolak balik. Walaupun ringkas tapi program kitorang padat tak sempat nak shopping banyak2 sempat beli sikit jer. Takper lain kali boleh dtg lagi bawak kengkawan atau famili ker hehehehehe.ok sekian saja.....ehehEHEH









































